Kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku dengan family mak cik aku berkunjung ke Taman Botani Shah Alam pada cuti sekolah ini. Banyak perkara menarik di sana. Kitorang datang hari jumaat sebab cuma haritu aje pak cik aku dapat cuti. Kerja dia ni susah sikit nak dapat cuti. Kalau dapat cuti, memang manfaatkan sepenuhnyalah bawa keluarga jalan-jalan sana-sini and aku pun ikutlah. Hehehe... Dekat sana kita boleh berbasikal. Sewa untuk sebuah basikal adalah RM10 untuk sejam. Okeylah tu, boleh terokai seluruh pelusuk kawasan itu. Tapi kalau satu jam memang confirm tak cukuplah nak pergi sana-sini. Mula-mula tu, aku dengan saudara aku excited giler nak naik basikal tapi mak cik aku pulak tak bagi. Aduh! Spoil betullah. So, kitorang jalan kaki ajelah then naik bas yang disediakan ke Taman Haiwan dan ke Taman Buah-Buahana. Apa yang menariknya dekat sana? Meh aku kongsi sikit dengan korang.
1. Ada sawah padi dekat sana. So, bagi orang bandar yang belum berkesempatan untuk melihat dan merasai pengalaman di sawah padi, boleh berkunjung ke Taman Botani Shah Alam yang terletak di Seksyen 8.
Dekat sawah padi ni memang aku tak lepaskan peluang lah nak bergambar. Yang jadi mangsanya, mestilah saudara aku si Hidayah. Yang tu dia tangkap gambar senyap-senyap. Aku pun tak perasan sebab tu tak control ayu. Hahaha... Tak susah nak cari tempat ni, masuk-masuk aje dekat pintu, pandang sebelah kanan, nanti jumpalah sawah padi ni. Kalau tak tahu, boleh rujuk peta yang akan diberikan kepada setiap pengunjung di kaunter masuk.
Perigi ni cuma ada satu aje. Tu gambar aku tengah jakun lah sebab first time nampak perigi. Iyalah, zaman sekarang memang susah nak nampak pergi ni lagi-lagi yang duduk bandar. Duduk kat kampung pun dah tak guni perigi sekarang ni.
Sampan ni masih lagi di kawasan sawah cuma di bahagian atas. Aku ingat nak tangkap gambar konon-konon naik sampan ni ataupun tengah mendayung sampan. Punyalah semangat lari ke atas. Last2 tengok dalam sampan ni ada tanah dengan tumbuhan. Hahaha...
Rumah orang asli ni hanya ada satu sahaja. Tempatnya betul-betul di hadapan pintu masuk. Senang aje nak cari. Aku ingat nak masuk kat dalam tu, tapi takut runtuh pulak. Tak tahulah benda ni kukuh ke tak. Lagipun dekat situ tak ada tulis DIBENARKAN MASUK ataupun DILARANG MASUK.
Tempat mana yang aku duduk acah-acah jadi model tak berbayar tu? Itu dekat Taman 1 Malaysia. Tempat yang aku duduk tu sebenarnya wau. Wau apa? Wau batu. Nak tangkap gambar full tak dapat sebab ada pokok serai tinggi-tinggi dekat situ. Nampak dalam gambar tu pun pokok serai tu sebok nak masuk sekali walaupun puas dah aku tolak tepi. Lantaklah... janji tak cacatkan gambar sudahlah.
Inilah dia Taman 1 Malaysia. Terletak di hadapan rumah orang asli. Dekat sini, ada macam-macam. Wau gergasi, pondok Melayu, pondok Cina, pondok India. Sebab itulah namanya Taman 1 Malaysia.
Aku suka sangat tempat ni. Sebab backgroundnya cantik sungguh. Dah macam pelamin pulak aku tengok. Sebab penat sangat berjalan sana-sini, aku ingat nak baring kejaplah. Tapi sedara aku ni boleh pulak tangkap gambar. Hahaha... tapi cantik pulak gambar ni aku tengok.
Sebab aku cakap tempat ni macam pelamin tak siap, so aku suruhlah sedara aku tangkap gambar and aku buat posing ala-ala pengantin perempuan yang kesepian sebab pengantin lelaki tak datang. Hahaha... Tapi tak nampak muka sedih pun.
Tempat ni dekat Taman Haiwan. Kalau nak pergi sini, kenalah naik bas yang disediakan. Nak jalan kaki, janganlah. Tercabut karang kaki kau tu nanti. Jauh, jalan berbukit-bukau. Penat wei... aku tengok orang yang naik basikal tadi pun kesian. Muka diorang penat aje. Tapi jambatan ini tak adalah menakutkan sangat. So-So ajelah bagi aku yang first time lalu dekat jambatan gantung ni.
Tempat ni biasanya couple atau husband and wife tangkap gambar dekat sinilah. Sebab memang cantik dengan pokok-pokok yang hijau, pagar kayunya.
TIPS BERKUNJUNG KE TAMAN BOTANI SHAH ALAM
1. Pastikan pakai kasut sukan atau kasut yang sesuai, Kalau anda rasa kaki anda lebih selesa berjalan lama dengan memakai selipar, pakaialah. Tapi jangan pakai kasut tumit tinggi atau but sebab korang nak nampak hipster. Akhirnya nanti menyusahkan korang sendiri.
2. Datang hari sabtu dan ahad. Sebab kalau datang hari sabtu dan ahad, meriah, ramai orang dan ada pasar (bukan pasar tani dan bukan juga pasar malam) tapi pasar yang menjual cenderahati, pakaian, kasut, tudung dan banyak lagilah.
3. Elakkan datang hari jumaat. Sebab harijumaat singkat. Bagi yang beragama islam, yang lelaki perlu menunaikan solat jumaat. Tapi jangan risau, ada masjid/surau yang disediakan di dalam untuk solat jumaat. And bus yang akan bawa korang menjelajah di dalam Taman Botani ini akan stop dari pukul 1-3 sebab pemandu bas kena solat jumaat. So, ini akan melambatkan masa korang dan korang akan kebosanan nanti.
4. Kalau ada hendak mencuba 'Skytrex Advanture' ada disediakan di sini. Tak pasti pula berapa harganya sebab aku cuma tengok aje. Tak cuba pun sebab tak bawak duit lebih.
5. Tak sah kalau tak pergi Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. Tapi tempat ni tak selalu buka untuk orang ramai. Ada waktu-waktunya, so kalau nak pergi jugak, kenalah rajin-rajin search bila tarikh dia akan buka kepada orang ramai. Macam haritu aku pergi, cuma terawal sehari sebelum tarikh musim salji tiba. So, tak dapatkan nak merasai macam mana musim salji.
6. Jalan di sini berbukit-bukau dan sangat curam. Lagi-lagi jalan nak ke Taman Buah-Buahan. Sangatlah curam dan berselekoh tajam. Kalau yang naik basikal tu, hati-hatilah sebab takut jatuh ke dalam gaung aje. Masa aku naik bas, lalu situ pun ada sekumpulan pelancong dari Sabah terjatuh sebab kayuh laju bila turun bukit. Nasib baik cedera ringan saja.
7. Nak makan? Jangan risau. Banyak gerai makanan di sini. Dan harga pun berpatutan.
No comments:
Post a Comment