Search This Blog

Wednesday 16 December 2015

Berkunjung ke Taman Botani Shah Alam


Kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku dengan family mak cik aku berkunjung ke Taman Botani Shah Alam pada cuti sekolah ini. Banyak perkara menarik di sana. Kitorang datang hari jumaat sebab cuma haritu aje pak cik aku dapat cuti. Kerja dia ni susah sikit nak dapat cuti. Kalau dapat cuti, memang manfaatkan sepenuhnyalah bawa keluarga jalan-jalan sana-sini and aku pun ikutlah. Hehehe... Dekat sana kita boleh berbasikal. Sewa untuk sebuah basikal adalah RM10 untuk sejam. Okeylah tu, boleh terokai seluruh pelusuk kawasan itu. Tapi kalau satu jam memang confirm tak cukuplah nak pergi sana-sini. Mula-mula tu, aku dengan saudara aku excited giler nak naik basikal tapi mak cik aku pulak tak bagi. Aduh! Spoil betullah. So, kitorang jalan kaki ajelah then naik bas yang disediakan ke Taman Haiwan dan ke Taman Buah-Buahana. Apa yang menariknya dekat sana? Meh aku kongsi sikit dengan korang.

1. Ada sawah padi dekat sana. So, bagi orang bandar yang belum berkesempatan untuk melihat dan merasai pengalaman di sawah padi, boleh berkunjung ke Taman Botani Shah Alam yang terletak di Seksyen 8.

Dekat sawah padi ni memang aku tak lepaskan peluang lah nak bergambar. Yang jadi mangsanya, mestilah saudara aku si Hidayah. Yang tu dia tangkap gambar senyap-senyap. Aku pun tak perasan sebab tu tak control ayu. Hahaha... Tak susah nak cari tempat ni, masuk-masuk aje dekat pintu, pandang sebelah kanan, nanti jumpalah sawah padi ni. Kalau tak tahu, boleh rujuk peta yang akan diberikan kepada setiap pengunjung di kaunter masuk.




Perigi ni cuma ada satu aje. Tu gambar aku tengah jakun lah sebab first time nampak perigi. Iyalah, zaman sekarang memang susah nak nampak pergi ni lagi-lagi yang duduk bandar. Duduk kat kampung pun dah tak guni perigi sekarang ni.



Sampan ni masih lagi di kawasan sawah cuma di bahagian atas. Aku ingat nak tangkap gambar konon-konon naik sampan ni  ataupun tengah mendayung sampan. Punyalah semangat lari ke atas. Last2 tengok dalam sampan ni ada tanah dengan tumbuhan. Hahaha...


Rumah orang asli ni hanya ada satu sahaja. Tempatnya betul-betul di hadapan pintu masuk. Senang aje nak cari. Aku ingat nak masuk kat dalam tu, tapi takut runtuh pulak. Tak tahulah benda ni kukuh ke tak. Lagipun dekat situ tak ada tulis DIBENARKAN MASUK ataupun DILARANG MASUK.


Tempat mana yang aku duduk acah-acah jadi model tak berbayar tu? Itu dekat Taman 1 Malaysia. Tempat yang aku duduk tu sebenarnya wau. Wau apa? Wau batu. Nak tangkap gambar full tak dapat sebab ada pokok serai tinggi-tinggi dekat situ. Nampak dalam gambar tu pun pokok serai tu sebok nak masuk sekali walaupun puas dah aku tolak tepi. Lantaklah... janji tak cacatkan gambar sudahlah.


Inilah dia Taman 1 Malaysia. Terletak di hadapan rumah orang asli. Dekat sini, ada macam-macam. Wau gergasi, pondok Melayu, pondok Cina, pondok India. Sebab itulah namanya Taman 1 Malaysia.


Aku suka sangat tempat ni. Sebab backgroundnya cantik sungguh. Dah macam pelamin pulak aku tengok. Sebab penat sangat berjalan sana-sini, aku ingat nak baring kejaplah. Tapi sedara aku ni boleh pulak tangkap gambar. Hahaha... tapi cantik pulak gambar ni aku tengok.

Sebab aku cakap tempat ni macam pelamin tak siap, so aku suruhlah sedara aku tangkap gambar and aku buat posing ala-ala pengantin perempuan yang kesepian sebab pengantin lelaki tak datang. Hahaha... Tapi tak nampak muka sedih pun. 

Tempat ni dekat Taman Haiwan. Kalau nak pergi sini, kenalah naik bas yang disediakan. Nak jalan kaki, janganlah. Tercabut karang kaki kau tu nanti. Jauh, jalan berbukit-bukau. Penat wei... aku tengok orang yang naik basikal tadi pun kesian. Muka diorang penat aje. Tapi jambatan ini tak adalah menakutkan sangat. So-So ajelah bagi aku yang first time lalu dekat jambatan gantung ni.

Tempat ni biasanya couple atau husband and wife tangkap gambar dekat sinilah. Sebab memang cantik dengan pokok-pokok yang hijau, pagar kayunya.
 
TIPS BERKUNJUNG KE TAMAN BOTANI SHAH ALAM
 
 1. Pastikan pakai kasut sukan atau kasut yang sesuai, Kalau anda rasa kaki anda lebih selesa berjalan lama dengan memakai selipar, pakaialah. Tapi jangan pakai kasut tumit tinggi atau but sebab korang nak nampak hipster. Akhirnya nanti menyusahkan korang sendiri.
 
2. Datang hari sabtu dan ahad. Sebab kalau datang hari sabtu dan ahad, meriah, ramai orang dan ada pasar (bukan pasar tani dan bukan juga pasar malam) tapi pasar yang menjual cenderahati, pakaian, kasut, tudung dan banyak lagilah.
 
3. Elakkan datang hari jumaat. Sebab harijumaat singkat. Bagi yang beragama islam, yang lelaki perlu menunaikan solat jumaat. Tapi jangan risau, ada masjid/surau yang disediakan di dalam untuk solat jumaat. And bus yang akan bawa korang menjelajah di dalam Taman Botani ini akan stop dari pukul 1-3 sebab pemandu bas kena solat jumaat. So, ini akan melambatkan masa korang dan korang akan kebosanan nanti.
 
4. Kalau ada hendak mencuba 'Skytrex Advanture' ada disediakan di sini. Tak pasti pula berapa harganya sebab aku cuma tengok aje. Tak cuba pun sebab tak bawak duit lebih.
 
5.  Tak sah kalau tak pergi Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. Tapi tempat ni tak selalu buka untuk orang ramai. Ada waktu-waktunya, so kalau nak pergi jugak, kenalah rajin-rajin search bila tarikh dia akan buka kepada orang ramai. Macam haritu aku pergi, cuma terawal sehari sebelum tarikh musim salji tiba. So, tak dapatkan nak merasai macam mana musim salji.
 
6. Jalan di sini berbukit-bukau dan sangat curam. Lagi-lagi jalan nak ke Taman Buah-Buahan. Sangatlah curam dan berselekoh tajam. Kalau yang naik basikal tu, hati-hatilah sebab takut jatuh ke dalam gaung aje. Masa aku naik bas, lalu situ pun ada sekumpulan pelancong dari Sabah terjatuh sebab kayuh laju bila turun bukit. Nasib baik cedera ringan saja.
 
7. Nak makan? Jangan risau. Banyak gerai makanan di sini. Dan harga pun berpatutan. 
 
  

MAKANAN POPULAR SEPANJANG 2015

MAKANAN YANG POPULAR/TRENDING PADA TAHUN 2015

 

 


1. Pisang Goreng Cheese.
            

Nama 'Pisang Goreng Cheese' bagai cendawan tumbuh selepas hujan pada tahun 2015. Ramai peniaga mula membuka gerai menjual pisang goreng cheese. Makanan yang menjadi trend itu turut digemari ramai kerana keunikanya. Unik ke? Bagi aku biasa aje kut. Pisang digoreng lepastu tabur cheese dekat atas then letak susu sikit, letak chocolate rice sikit and done. Aku pun boleh buat sendiri tapi sebab malas, aku selalu beli ajelah. Bukan selalu sebenarnya, cuma dua kali aje aku pernah beli dekat luar. Hehe... Aku beli pun sebab bukak-bukak IG je ramai orang post pasal mende tu. Jadi, dengan rasa ingin tahu, walaupun poket tengah kering aku belilah pisang goreng cheese ni dekat gerai depan rumah aku tu. First aku makan, hmm... not bad. Tapi lama-lama muak juga sebab ada cheese. Kali kedua, aku beli dekat gerai lain. Kali ni memang TAK SEDAP LANGSUNG! Pisang lembik, cheese sikit tapi hargai mahal betol! So, kalau aku mengidam nak makan pisang goreng cheese ni, aku cuma suruh ayah aku ambil aje pisang dekat kebun tu, goreng then tabur keju dekat atas ni. Makan petang-petang dengan family, pekena air teh atau kopi, hmmm... terbaik ah!

2. Aiskrim Pasu
            

Secara sejujur-jujurnya, aku tak pernah pun try nak beli atau nak rasa aiskrim pasu ni. Walaupun nampak menarik, orang post sana-sini dalam social media, entah kenapa aku pandang sekali lalu aje. (Walaupun pernah terliuh nak rasa jugak) Yelah... tak pernah pun terfikir benda ni akan wujud. Biasa pasu aku tengok orang selalu buat tanam pokok bunga dekat laman rumah aje. Menurut sejarah, aiskrim pasu ni berasal dari Jepun. Sebenarnya dekat Jepun, benda ni dah lama popular tapi tahun 2015, baru popular dekat Malaysia. Ini pun abang saudara aku yang belajar dekat Jepun tu bagitau. Bagi aku, tarikan aiskrim pasu ni bergantung kepada saiz pasu dan dekorasinyalah. Ada yang aku tengok tu, dia buat SEJIBIK macam pokok. Ada macam ulat-ulat tu (tapi sebenarnya itu gula-gula). Selepas aiskrim pasu, timbul pula inovasi lain dengan menukar bekas pasu kepada buluh, lesung batu, serta yang terbaharu, guna congkak wei. Nampak tak berapa kreatif dan bijaknya orang Malaysia ni? Biasa kalau makanan dalam buluh, yang terfikir dalam kepala otak aku cuma lemang ajelah. Kalau lesung batu, biasa aku tengok dekat majalah-majalah atau restoran-restoran guna untuk letak sambal belacan. Kasi cantik lah daripada letak dekat pinggan nanti nampak kosong pulak. Yang congkak ni, tak pernah lagi aku tau ada makanan guna congkak sebagai bekasnya. Hari ni baru tau sebab baru aje google 'Aiskrim Pasu' tetiba sesat terkeluar pulak 'Aiskrim Congkak'

 
Inilah aiskrim yang aku cakap tu. Dalam pasu, lesung batu, buluh and congkak. Hipster sungguh fikiran orang Malaysia ni kan. Hahaha...


3. Burger bakar 
          

Burger bakar ni antara salah satu favourite makanan aku. Mula-mula, tak ramai orang jual burger bakar ni. Tapi sebab dah viral, makin ramailah orang cuba menceburi bidang untuk membuka perniagaan menjual burger bakar ni. Macam-macam versi burger bakar pernah aku jumpa. Yang roti warna-warni, yang bentuk macam Encik Crab dalm kartun spongebob tu, ada yang burger bertingkat tinggi. Peh... kalah KLCC. Hehehe... kalau aku order burger yang tinggi tu, 7 hari 7 malam tak habis. Iyelah... aku ni biasa eksyen je lebih. Makan setakat nak cuba je, kalau sedap boleh beli lagi. Selalu order, tak habis pun. Kalau abang aku ada, abang aku lah yang habiskan. Perut dia tu perut tong sampah. Makan tak pernah nak kenyang. Haha... sejujurnya aku cakap, burger bakar ni memang... pehhh!!! SEDAP WEI!!!Rugi kalau korang tak cuba. Dagingnya buat sendiri, besar-besar and tebal-tebal pulak tu.

4. Roti Canai Hipster
         

 Ingat baju melayu baju kurung je nak hipster-hipster ni, rupanya roti canai pun nak hipster jugak. Mula-mula aku dengar "Roti Canai Hipster" reaksi aku adalah kembangkan hidung, dalam otak aku first terbayangkan roti canai yang dihidangkan di atas pinggang dengan dekorasi yang hipster. Tapi lepas aku google, rupa-rupanya roti canai warna-warni. Bagi adik-adik, mungkin mereka tertarik dengan warnanya tapi bagi aku, rasa sama aje tetap roti canai. Tak de perisa tambahan coklat, rojak ataupun cheese dan kuah roti canai hipster tu pun sama aje macam roti canai biasa. Lepas roti canai hipster ni makin popular, wujud pulak roti jala hipster warna-warni, karipap hipster warna-warni. Makanan pun dah reti berfesyen sekarang ni. Hahaha...

           

5. Makanan dalam jar/Botol

              
     

Makanan dalam bekas kaca atau Bahasa Inggerisnya dipanggil 'jar' menjadi fenomena dalam tahun 2015. Macam-macam makanan yang dijual di dalam balang kaca seperti Coklat Jae, kacang, madu, kek dan banyak lagi. Bagi akulah, coklat jar memang sedap giler sampai menjilat jari. Aku selalu beli dekat kawan aku. Mula-mula aku rasa coklat jar, rasanya macam jajan 'Nyum Nyum'. Tau ke jajan 'Nyam Nyam' tu macam mana? Hah, dekat bawah ada gambarnya. Tapi lama-lama, aku ketagih jugak dengan benda tu. Walaupun mahal, tapi tak adelah mahal sangat. Kalau kacang dalam jar atau botol pula, aku tak pernah try lagi. Sebab aku tengok kacangnya macam kacang biasa yang jual dekat kedai-kedai runcit. Ayah aku selalu beli kacang tu masa hari raya. Cuma ketistimewaa, bungkusan lebih kemas dan nampak menarik sebab guna jar. Madu dalam jar pula, yang ni pun aku tak pernah try. Aku nampak macam biasa aje. Cuma jar dia ajelah yang menarik perhatian. Madu bukan ke semua rasa sama aje? Hmm... entahlah. Kek dalam cawan pulak aku belum try jugak tapi insyaallah akan beli dalam masa terdekat. Craving giler ni! Hahaha... Hmmm... rasa-rasanya apa lagi makanan dalam jar yang admin lupa letak dalam blog ni atau admin tak tahu lagi eh? Nanti bagitaulah eh.



6. Minuman big cup
       

Aku biasa beli air ni. Lagi-lagi kalau cuaca terik. Dapat pekena satu, pehh... memang best! Bekasya memang besar tapi banyak air batu. Airnya cuma secawan aje, air batu aje penuh. Tapi sedap! Tapi kadang-kadang terlebih manis sebab terlebih susu. Biasanya segelas RM5. Antara perisan minuman kegemaran aku ialah Milk Tea dan Coffe yang selalu aku beli dekat gerai Gelaihh Banting. Naik skuter ego warna merah abang aku tu, tak sampai 10 minit dah sampai. Cuma kena melintas tu yang leceh. Tapi demi mendapatkan segelas air yang sangat-sangat aku suka, jalan raya pun sanggup aku lintas walaupun tak pakai helmet. Hahaha... tak ada polis bolehlah. Kalau ada, kering poket aku nak bayar saman.

7. Murtabak Cheese

         

Tadi pisang goreng cheese, yang ini murtabak cheese pulak. Aku tahu pun lepas tengok majalah 3 haritu. Meleleh air liuh ni tengok murtabak dalam tv. Dah rasa macam nak makan tv tu pulak. Tapi yang jadi mangsanya bantal akulah. Digigit-gigit sampai jahitan tepi bantal tu dah nak terbuka. Nasib baik kapas dalam tu tak terkeluar. Haha... Murtabak cheese yang famous dekat Johor. Ramai orang kata dekat situ sedap. Ada yang sanggup datang dari jauh dari Singapura, Melaka, Kuala Lumpur, Shah Alam dan beratur panjang-panjang sebab hendak merasai kelazatan murtabak cheese ini.

8. Aiskrim dalam buah-buahan

     

Yang ini pun aku tahu daripada majalah tiga. Lepastu aku terus search tempat yang jual aiskrim ni sebab aku nak beli. Nampak macam sedap dan unik. Lepas aku search, baru aku tahu tempat yang jual aiskrim ni ada dekat Pantai Sri Tujuh, Tumpat Kelantan. Ada juga dekat tempat-tempat lain.

9. Pop Malaya
     

 Hujan-hujan pun saya sanggup pergi beli Pop Malaya ni sebab memang dah craving giler!!! Ini semua majalah 3 punya pasal. (Salahkan majalah tiga lagi). Perisa kegemaran aku adalah tembikai laici. Apa yang menariknya dengan Pop Malaya ni berbanding aiskrim-aiskrim di luar sana? Sebab Pop Malaya ni menggunakan bahan perisa asli dan bukannya artifical. Sebab lain aku suka sangat dengan Pop Malaya ni sebab nampak agak hipster. Mungkin cara pembungkusan dia kut yang bagi aku menampakkan aiskrim macam hipster. Haha... aku ni memang suka benda-benda hipster ni. Pantang nampak terus je rembat.